Wednesday, 31 December 2014

RANGKA KARANGAN UCAPAN 1







CONTOH KARANGAN :



Ucapan Sempena Perpisahan Murid Tahun Enam

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis ,Yang Berusaha Tuan Guru Besar ,guru-guru penolong kanan ,guru-guru dan rakan semua.Selamat sejahtera saya ucapkan.

         Terlebih dahulu ,saya merakamkan penghargaan atas kesudian pihak sekolah menganjurkan majlis seumpama ini.Majlis perpisahan ini amat besar maknanya kepada kami.Maklumlah,sudah enam tahun kami menuntut di sekolah yang sering mencatatkan kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

         Pada majlis yang bersejarah ini,saya mewakili teman-teman mengucapkan terima kasih atas jasa para guru yang tidak jemu mendidik kami.Jasamu terakam dalam lipatan sejarah.Kami tetap mengingati jasamu selagi hayat dikandung badan.

          Semalam keputusan  UPSR telah diumumkan .Buat pertama kalinya ,seramai 83orang murid memperoleh 5A.Peratusan terbaik dari segi kualiti mengatasi  sekolah-sekolah lain  di daerah Kuala Kangsar.

          Tahun ini juga banyak kejayaan dalam bidang kokurikulum  yang telah diraih.Antaranya ,murid sekolah kita telah menjadi johan di peringkat daerah dalam acara pidato.Walaupun gagal di peringkat negeri ,tetapi kejayaan  initelah  mengharumkan nama sekolah.

           Sesungguhnya ,jasa warga pendidik amat besar maknanya kepada kami.Tanpamu guru ,kami bagai si buta  kehilangan  tongkat.Saya akhiri ucapan saya ini dengan serangkap pantun yang berbunyi :
Tenang-tenang air di laut:
                             Sampan  kolek mudik ke tanjung:
         Hati terkenang mulut tersebut,
                           Budi yang baik rasa nak junjung.
Sekian ,terima kasih.



Sumber : Khairuddin Ayib ( 2014 ) ,Edisi Kemas Kini Penulisan  Bahasa Malaysia,Selangor.Cerdik Publications Sdn.Bhd.



4 comments: