FORMAT LAPORAN
Laporan Perkhemahan Pengakap Sekolah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar
Pada hari Jumaat, 27 Mei 2014 yang lalu, seramai 45 orang anggota
pengakap dan lima orang guru dari Sekolah Kebangsaan Clifford,
Kuala Kangsar telah mengadakan perkhemahan pengakap di Kem Pusat Ko Kurikulum di Kuala Kangsar ,Perak.
Di lokasi perkhemahan, ketua patrol memberi penerangan dan arahan
ringkas tentang tugasan setiap anggota pengakap. Tanpa membuang masa,
kami mendirikan khemah. Di samping itu ada anggota pengakap yang
menyediakan peralatan untuk memasak.
Waktu makan tengah hari telah ditetapkan pada pukul 12.30 tengah hari.
Kami juga diberi masa untuk beriadah dan berehat selama dua jam. Waktu
ini kami gunakan untuk mencuci pakaian dan mandi-manda di kawasan air
terjun yang terdapat di situ.
Pada sebelah malamnya pula, selepas solat Isyak, majlis ceramah
diadakan. Ceramah ini di sampaikan oleh Ustaz Sulaiman iaitu guru pemimpin
yang menyertai kami. Ceramah yang disampaikan ialah tentang kepentingan
menjaga kebersihan.
Pada hari berikutnya, berakhirlah perkhemahan kami di kem tersebut. Pada
pukul 2.30 petang, kami bergotong-royong mengemas barang dan alat-alat
perkhemahan. Kami bergerak pulang dengan menaiki bas pada pukul 3.00
petang.
Laporan disediakan
oleh,
1 Jun 2014
Ahmad Imran
(AHMAD Imran bin Firdaus )
Setiausaha Pengakap,
SK Clifford .
SUMBER : http://cikguhalijahsupar.blogspot.com/2011/11/laporan.html
SUMBER : http://cikguhalijahsupar.blogspot.com/2011/11/laporan.html
No comments:
Post a Comment