KARANGAN LAPORAN
FORMAT KARANGAN JENIS
LAPORAN
Ø Karangan jenis ini
menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau dilihat.
Ø Hendaklah disampaikan dengan
tepat dan mudah difahami.
Ø Dalam membuat karangan
berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butir-butir yang munasabah atau
lojik.
Ø Kamu perlu memastikan jenis
laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan, perasmian,
atau lawatan ke sesuatu tempat.
Ø Untuk laporan aktiviti
persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan
aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha.
Ø Untuk laporan lawatan pula ,
tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan terhadap
pembelajaran.
Ø Penulisan mengikut perkembangan
peristiwa, yang dahulu didahulukan.
Ø Gunakan bahasa yang ringkas
dan padat
Ø Tajuk Laporan :
Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris atau ditulis dengan huruf besar semuanya.
Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah. Boleh ditulis dalam dua baris jika
tajuk terlalu panjang.
Isi Laporan
|
Bermula dengan
pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.
|
Pengakuan pelapor
(Perenggan akhir )
|
Ditulis di sebelah kiri
selepas perenggan terakhir.
|
Tarikh
|
Ditulis di sebelah kanan
laporan,setentang dengan pengakuan pelapor.
|
Tanda tangan pelapor
|
Ditulis di sebelah kiri
bahagian bawah selepas pengakuan pelapor.
|
Nama Pelapor
|
Ditulis dengan huruf
besar di dalam kurungan selepas tanda tangan.
|

No comments:
Post a Comment