CONTOH KARANGAN :
Ucapan Sempena Perpisahan Murid
Tahun Enam
Terima kasih kepada Pengerusi Majlis ,Yang Berusaha Tuan
Guru Besar ,guru-guru penolong kanan ,guru-guru dan rakan semua.Selamat
sejahtera saya ucapkan.
Terlebih
dahulu ,saya merakamkan penghargaan atas kesudian pihak sekolah menganjurkan
majlis seumpama ini.Majlis perpisahan ini amat besar maknanya kepada
kami.Maklumlah,sudah enam tahun kami menuntut di sekolah yang sering
mencatatkan kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Pada majlis yang bersejarah ini,saya mewakili teman-teman
mengucapkan terima kasih atas jasa para guru yang tidak jemu mendidik
kami.Jasamu terakam dalam lipatan sejarah.Kami tetap mengingati jasamu selagi
hayat dikandung badan.
Semalam keputusan UPSR telah diumumkan .Buat pertama kalinya
,seramai 83orang murid memperoleh 5A.Peratusan terbaik dari segi kualiti
mengatasi sekolah-sekolah lain di daerah Kuala Kangsar.
Tahun ini juga banyak kejayaan dalam bidang
kokurikulum yang telah diraih.Antaranya
,murid sekolah kita telah menjadi johan di peringkat daerah dalam acara
pidato.Walaupun gagal di peringkat negeri ,tetapi kejayaan initelah
mengharumkan nama sekolah.
Sesungguhnya
,jasa warga pendidik amat besar maknanya kepada kami.Tanpamu guru ,kami bagai
si buta kehilangan tongkat.Saya akhiri ucapan saya ini dengan
serangkap pantun yang berbunyi :
Tenang-tenang air di laut:
Sampan kolek mudik ke tanjung:
Hati
terkenang mulut tersebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.
Thx budak tahun 5 dapat contoh
ReplyDeletebetul👍
ReplyDeleteWahh😍
ReplyDeleteBagus jugak karangan ni😌
Saya tabun 5
ReplyDelete