KARANGAN UCAPAN
Ucapan: Ucapan Hari Guru
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Dihormati Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Cahaya Pintas, Encik Nor Razif bin Mohd. Adib.
Guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Hadirin sekalian,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi
kesempatan kepada saya untuk berucap dalam majlis yang berbahagia ini.
Hari guru disambut seluruh negara pada 16 Mei setiap tahun untuk
menghargai jasa guru kita yang membimbing, mengajar dan mendidik kita
menjadi seorang insan dan sanggup menjadi pelita untuk menerangi hidup
kita gelap-gelita.
Jasa guru tidak dapat kita gambarkan. Seperti saya katakan tadi,
membimbing, mengajar dan mendidik adalah antara jasa-jasa seorang insan
yang bergelar guru. Guru juga perlu memikul tanggungjawab yang tinggi
contohnya menjadi ibubapa kita di sekolah.
Dalam kesempatan ini juga, saya ingin berpesan kepada rakan-rakan
sekalian, hormati, sayang dan anggaplah guru itu umpama ibu bapa kita.
Kita juga mempunyai tanggungjawab untuk menjadi seorang anak dan murid
yang sempurna.
Guru-guru sekalian,
Saya mewakili rakan-rakan saya, berjanji agar menghormati dan menyayangi
guru-guru sekalian dan kami juga ingin menyusun sepuluh jari supaya
guru-guru dapat memaafi kesemua kesalahan kami dari hujung rambut hingga
hujung kaki.
Saya berharap dan berdoa agar guru-guru sekalian sihat dan terus
membimbing dan mendidik lebih lagi anak muda bagi membentuk insan yang
berguna untuk negara dan bangsa serta agama.
Akhir kata, saya mewakili rakan-rakan memohon maaf sekali lagi andai
kata kami terkasar kata atau tidak beradap kepada guru sekalian.
Sesungguhnya, yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu
datang daripada kami. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, terimalah
serangkap pantun yang berbunyi
Hati masih terburu-buru,
Setiap adrenalin seperti matu,
Terima kasih guru-guru,
Menjadi lilin penerang hati.
Sekian, terima kasih.
KARANGAN 2
Ucapan: Majlis Perpisahan Tahun Enam.
Anda selaku ketua darjah diminta menyampaikan ucapan dalam majlis perpisahan untuk murid-murid Tahun Enam.
____________________________________________________________________________
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru
Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Terima kasih saya
ucapkan kepada rakan-rakan kerana memberi peluang kepada saya
untuk berucap dalam majlis perpisahan ini.
Hadirin sekalian,
Sudah hampir 6 tahun kami berada di sekolah ini. Jika menghitung
hari persekolahan, bermakna tinggal 6 hari lagi kami menjadi warga
sekolah ini. Justeru, kami terpaksa mengucapkan selamat
tinggal kepada guru-guru dan adik-adik yang dikasihi walaupun kami
masih terlalu sayang untuk meninggalkan sekolah ini.
Kami amat menghargai akan jasa guru-guru di sekolah ini yang
mendidik kami dengan penuh dedikasi, sabar, dan penuh kasih
sayang. Dengan didikan dan bimbingan gurulah kami telah tahu membaca,
menulis, dan megira. Kami akan sentiasa mengingati pesanan guru-guru
yang ingin melihat kami menjadi insan yang berakhlak dan berguna kepada
masyarakat dan negara.
Hadirin sekalian .
Budi yang guru-guru taburkan tidak mampu kami membalasnya.
Hanya doa untuk kesejahteraan sahaja yang mampu kami lakukan sebagai
membalas segala jasa guru-guru itu. Kami berjanji akan terus belajar
dengan bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan yang
cemerlang di sekolah menengah nanti.
Akhir kata saya mewakili rakan-rakan memohon maaf atas segala
kesilapan dan kesalahan sepanjang kami berada di sekolah ini. Halalkan
segala ilmu yang guru-guru curahkan kepada kami. Kami berasa sangat
sedih kerana terpaksa meniggalkan sekolah ini. Jasa dan bakti guru-guru
akan kami kenang sehingga akhir hayat kami.
Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap pantun daripada saya;
Ramai orang menanam padi,
Padi ditanam hingga ke seberang,
Banyak budi perkara budi,
Budimu guru dikenang orang.
Sekian, terima kasih.
SUMBER : http://karangansr.blogspot.com/2013/09/ucapan-ucapan-hari-guru.htmL
KARANGAN 3