Sunday, 11 January 2015
SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI
SURAT
KIRIMAN TIDAK RASMI
a. Alamat Pengirim di sebelah kanan atas
b.Tarikh surat
c .Kata-kata pembuka surat
d. Panggilan hormat-Laras bahasa persuratan.
e. Penutup
f.Tandatangan dan nama
Soalan :
Keluarga kamu baru berpindah ke rumah baharu .Tulis sepucuk surat kepada sahabat kamu dan ceritakan keadaan rumah baharu kamu itu.
Contoh Soalan :
TAJUK :
Kamu telah menerima sepucuk surat daripada seorang sahabat
lama.Dia ingin mengetahui tentang sambutan Hari Sukan di sekolah kamu.Balas surat
tersebut dengan selengkapnya.
JADUAL BESTARI :
PENDAHULUAN
|
-sahabatku
–berada di Selangor –sihat sejahtera
|
ISI
1
|
-saya
terima dua hari lepas-sangat gembira apabila menerima berita daripada saudari-ingin
mengetahui tentang kemeriahan sambutan Hari Sukan sekolah saya-sangat meriah
|
ISI
2
|
-Hari
Sukan –diadakan pada 2 Februari-seawal jam 7.00 pagi –membantu Cikgu Azaman –Kamarul
dan Shoban turut membantu –masih ingat akan mereka berdua-bermain badminton
bersama-sama.
|
ISI
3
|
-terdapat
beberapa buah gerai jualan makanan dan minuman-guru sekolah kita juga turut
menjual makanan dan cenderamata-ramai ibu bapa yang hadir –datang memberi
sokongan -saya sangat teruja
|
ISI
4
|
-menyertai
acara 100meter-acara kegemaran kita-kita pernah bersaing untuk tempat
pertama-saudara menunjukkan teknik larian dan pernafasan yang betul-saya
berjaya-mendapat anugerah olahragawati-sungguh gembira-begitu juga dengan
ahli keluarga saya.
|
PENUTUP
|
-sekian
dahulu coretan saya-doakan kejayaan saya nanti pada peringkat daerah-berjanji
akan mengutus lagi-salam mesra saya buat keluarga.
|
|
20 ,
Lorong Zamrud 2,
Taman
Zamrud,
08000
Sungai Petani,
Kedah
Darul Iman.
15 Mei
2014.
|
Menemui sahabatku, Imran yang kini
berada di Selangor.Semoga saudara sentiasa sihat sejahtera di samping keluarga
tersayang.
Saudara,
Surat saudara telah saya terima tiga
hari yang lepas.Saya berasa sangat gembira apabila menerima berita daripada
saudara kerana kita sudah lama tidak berbicara.Dalam surat itu,saudara ingin
mengetahui tentang kemeriahan sambutan Hari Sukan Sekolah saya baru-baru
ini.Untuk pengetahuan saudara, sambutan Hari Sukan pada tahun ini sangat
meriah.
Sambutan Hari Sukan tersebut telah
diadakan pada 6 Jun yang lalu.Saya
sampai di perkarangan sekolah seawal jam 7.00 pagi kerana membantu Cikgu Azaman
menggantung belon di khemah rumah sukan.Kamarul dan Shoban turut membantu
saya.Tentu saudari ingat akan mereka berdua kerana kita selalu bermain
badminton bersama-sama.
Sebelum acara bermula ,terdapat
beberapa buah gerai jualan makanan dan minuman didirikan di sekeliling
padang.Beberapa orang guru sekolah kita juga turut menjual makanan dan
cenderamata. Ramai ibu bapa yang hadir pada hari itu untuk memeriahkan sambutan Hari Sukan kali ini. Ayah dan
ibu serta kakak saya juga datang memberi
sokongan kepada saya.Saya berasa sangat teruja.
Saya telah menyertai acara 100
meter.Acara ini merupakan acara kegemaran kita. Dua tahun lepas ,kita pernah
bersaing untuk tempat pertama. Sejak saudari menunjukkan teknik larian dan
pernafasan yang betul , saya berjaya mengalahkan rakan-rakan yang lain. Akhirnya
saya telah berjaya mendapat anugerah olahragawati sekolah.saya berasa
sungguh gembira ,begitu juga dengan ahli
keluarga saya.
Sampai di sini dahulu coretan saya. Doakan
kejayaan saya pada peringkat daerah nanti.Saya berjanji akan mengutus lagi
surat untuk saudara selepas pertandingan nanti.Sampaikan salam mesra saya buat
keluarga saudari di sana.
Sahabatmu,
Haikal
Sumber : BH Didik 986
Saturday, 3 January 2015
SURAT KIRIMAN RASMI
FORMAT SURAT KIRIMAN RASMI
a. Nama dan alamat pengirim
serta penerima di sebelah kiri atas.
b.Terdapat garisan panjang
memisahkan alamat pengirim dan penerima
c.Tarikh di sebelah kanan
d. Panggilan hormat – tuan
e. Tajuk Surat
f. Nombor Perenggan
g. Penutup
h.Tanda tangan ,nama dan
jawatan di sebelah kiri.
CONTOH SURAT KIRIMAN RASMI
Muhammad
Syakir bin Zakuan
No.52
Jalan 4,
Taman
Damai,
33000
Kuala Kangsar,
Perak.
Guru
Kelas 6 Jujur,
SK
Clifford,
33000
Kuala Kangsar,
Perak. 17
April 2014
Tuan,
Tidak
Hadir ke Sekolah
Merujuk
perkara di atas , saya Muhammad Syakir bin Zakuan dari kelas 6 Jujur tidak dapat hadir ke
sekolah pada 14 April 2014.
2.
Untuk pengetahuan tuan ,saya tidak dapat
hadir ke sekolah pada tarikh tersebut
kerana mengikut ayah pulang ke kampung .Saya
tidak memeberitahu rakan kerana kami
sekeluarga terpaksa pulang ke kampung dengan segera.Saya dan keluarga pulang ke
kampung kerana nenek saya sakit tenat.
3. Sehubungan dengan itu ,saya memohon maaf
atas ketidakhadiran saya itu. Untuk pengetahuan tuan ,ini merupakan kali
pertama saya tidak dapat hadir ke
sekolah. Saya harap pihak tuan dapat memaafkan saya dan berjanji akan
memaklumkan lebih awal jika saya tidak hadir ke sekolah.
4. Saya mohon agar pihak tuan dapat menerima
dan memahami situasi yang saya alami .Kerjasama dan perhatian pihak tuan sangat saya hargai dan diucapkan terima
kasih.
Sekian
,terima kasih.
Yang benar,
Syakir
(Muhammad
Syakir bin Zakuan )
Subscribe to:
Posts (Atom)