Sunday, 22 February 2015

LINK BLOG BAHASA MELAYU

http://mieadham86.blogspot.com/2014/03/contoh-rph-bahasa-malaysia-tema_31.html

CONTOH FORMAT RPH KSSR TAHUN 4

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA KSSR
TAHUN 4/2014

TEMA
KEMASYARAKATAN
TAHUN
4 TEKAD
TAJUK
Cerianya Tamanku
MASA
9.30 – 10.30 pagi
STANDARD PEMBELAJARAN
3.3.3
Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan yang bertumpu dan bercapah dengan betul.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
  i.       membina ayat berdasarkan soalan pemahaman yang bertumpu dan bercapah.
 ii.       menulis jawapan berdasarkan soalan pemahaman yang bertumpu dan bercapah.
AKTIVITI
1.      Murid  ditunjukkan alat menjaga kebersihan dan berbincang tentang kegunaan alatan tersebut dan kaitannya dengan menjaga kebersihan.

2.   Guru membimbing murid menamakan dan menulis pada papan tulis tentang alatan lain yang sesuai digunakan untuk menjaga kebersihan kawasan rumah dan taman dan menyatakan sumber kewangan untuk menjayakan aktiviti  gotong-royong.

3.     Murid membaca petikan  yang dipaparkan pada skrin dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul dan membina jawapan untuk soalan yang dikemukakan oleh guru berdasarkan petikan yang dibaca.

4.     Murid menggarisi  isi petikan yang menjadi jawapan pada paparan skrin dengan menggerakkan kursor.

5.     Murid menulis jawapan pemahaman menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan petikan.
Pemulihan
Murid mengisi tempat kosong menggunakan perkataan yang diberi.
Pengayaan
Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.
PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu  :  Sivik, Celik  Kewangan
Nilai  :  Bekerjasama, Kebersihan, Prihatin, Patuh
EMK :  TMK
KB    :  Menjana Idea, Mengecam
BCB  :  Bacaan Mentalis     
BAHAN BANTU BELAJAR
LCD, benda maujud, lembaran kerja
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Murid dapat membina dan menulis jawapan berdasarkan soalan pemahaman dengan betul.
REFLEKSI
30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P.
Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.

SUMBER :http://mieadham86.blogspot.com/2014/01/contoh-rancangan-pelajaran-harian-rph.html

KARANGAN

KARANGAN

KARANGAN

Sunday, 11 January 2015

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI



SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

a. Alamat Pengirim  di sebelah kanan atas
b.Tarikh surat
c .Kata-kata pembuka surat
d. Panggilan hormat-Laras bahasa persuratan.
e. Penutup
f.Tandatangan dan nama

Soalan : 

Keluarga kamu baru berpindah ke rumah baharu .Tulis sepucuk surat kepada sahabat kamu dan ceritakan keadaan rumah baharu kamu itu. 








Contoh Soalan :




TAJUK :
Kamu telah menerima sepucuk surat daripada seorang sahabat lama.Dia ingin mengetahui tentang sambutan Hari Sukan di sekolah kamu.Balas surat  tersebut dengan selengkapnya.

JADUAL BESTARI :
PENDAHULUAN
-sahabatku –berada di Selangor –sihat sejahtera

ISI 1

-saya terima dua hari lepas-sangat gembira apabila menerima berita daripada saudari-ingin mengetahui tentang kemeriahan sambutan Hari Sukan sekolah saya-sangat meriah

ISI 2
-Hari Sukan –diadakan pada 2 Februari-seawal jam 7.00 pagi –membantu Cikgu Azaman –Kamarul dan Shoban turut membantu –masih ingat akan mereka berdua-bermain badminton bersama-sama.

ISI 3
-terdapat beberapa buah gerai jualan makanan dan minuman-guru sekolah kita juga turut menjual makanan dan cenderamata-ramai ibu bapa yang hadir –datang memberi sokongan -saya sangat teruja

ISI 4
-menyertai acara 100meter-acara kegemaran kita-kita pernah bersaing untuk tempat pertama-saudara menunjukkan teknik larian dan pernafasan yang betul-saya berjaya-mendapat anugerah olahragawati-sungguh gembira-begitu juga dengan ahli keluarga saya.

PENUTUP
-sekian dahulu coretan saya-doakan kejayaan saya nanti pada peringkat daerah-berjanji akan mengutus lagi-salam mesra saya buat keluarga.





20 , Lorong  Zamrud 2,
Taman Zamrud,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Iman.

15 Mei 2014.


         Menemui sahabatku, Imran yang kini berada di  Selangor.Semoga saudara  sentiasa sihat sejahtera di samping keluarga tersayang.
Saudara,
        Surat saudara telah saya terima tiga hari yang lepas.Saya berasa sangat gembira apabila menerima berita daripada saudara kerana kita sudah lama tidak berbicara.Dalam surat itu,saudara ingin mengetahui tentang kemeriahan sambutan Hari Sukan Sekolah saya baru-baru ini.Untuk pengetahuan saudara, sambutan Hari Sukan pada tahun ini sangat meriah.
         Sambutan Hari Sukan tersebut telah diadakan pada 6 Jun  yang lalu.Saya sampai di perkarangan sekolah seawal jam 7.00 pagi kerana membantu Cikgu Azaman menggantung belon di khemah rumah sukan.Kamarul dan Shoban turut membantu saya.Tentu saudari ingat akan mereka berdua kerana kita selalu bermain badminton bersama-sama.
         Sebelum acara bermula ,terdapat beberapa buah gerai jualan makanan dan minuman didirikan di sekeliling padang.Beberapa orang guru sekolah kita juga turut menjual makanan dan cenderamata. Ramai ibu bapa yang hadir pada hari itu untuk memeriahkan   sambutan Hari Sukan kali ini. Ayah dan ibu  serta kakak saya juga datang memberi sokongan kepada saya.Saya berasa sangat teruja.
        Saya telah menyertai acara 100 meter.Acara ini merupakan acara kegemaran kita. Dua tahun lepas ,kita pernah bersaing untuk tempat pertama. Sejak saudari menunjukkan teknik larian dan pernafasan yang betul , saya berjaya mengalahkan rakan-rakan yang lain. Akhirnya saya telah berjaya mendapat anugerah olahragawati sekolah.saya berasa sungguh  gembira ,begitu juga dengan ahli keluarga saya.
       Sampai di sini dahulu coretan saya. Doakan kejayaan saya pada peringkat daerah nanti.Saya berjanji akan mengutus lagi surat untuk saudara selepas pertandingan nanti.Sampaikan salam mesra saya buat keluarga saudari di sana.
                                                                                                                             Sahabatmu,
Haikal




Sumber : BH Didik  986

Saturday, 3 January 2015



SURAT KIRIMAN RASMI



FORMAT SURAT KIRIMAN RASMI





a. Nama dan alamat pengirim serta penerima di sebelah kiri atas.
b.Terdapat garisan panjang memisahkan alamat pengirim dan penerima
c.Tarikh di sebelah kanan
d. Panggilan hormat – tuan
e. Tajuk Surat
f. Nombor Perenggan
g. Penutup
h.Tanda tangan ,nama dan jawatan di sebelah kiri.





CONTOH SURAT KIRIMAN RASMI



Muhammad Syakir bin Zakuan
No.52 Jalan 4,
Taman Damai,             
33000 Kuala Kangsar,
Perak.                                                              


Guru Kelas 6 Jujur,
SK Clifford,               
33000 Kuala Kangsar,                                                                    
Perak.                                                                                   17 April 2014

Tuan,    
Tidak Hadir ke Sekolah  
         
Merujuk perkara di atas , saya Muhammad Syakir bin Zakuan  dari kelas 6 Jujur tidak dapat hadir ke sekolah pada  14 April 2014.
   
2.          Untuk pengetahuan tuan ,saya tidak dapat hadir  ke sekolah pada tarikh tersebut kerana mengikut ayah pulang  ke kampung .Saya tidak memeberitahu rakan kerana  kami sekeluarga terpaksa pulang ke kampung dengan segera.Saya dan keluarga pulang ke kampung kerana nenek saya sakit tenat.

3.           Sehubungan dengan itu ,saya memohon maaf atas ketidakhadiran saya itu. Untuk pengetahuan tuan ,ini merupakan kali pertama saya tidak dapat hadir  ke sekolah. Saya harap pihak tuan dapat memaafkan saya dan berjanji akan memaklumkan lebih awal jika saya tidak hadir ke sekolah.

4.           Saya mohon agar pihak tuan dapat menerima dan memahami situasi yang saya alami .Kerjasama dan perhatian pihak tuan  sangat saya hargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian ,terima kasih.

Yang benar,
Syakir              
(Muhammad Syakir bin Zakuan )
 Kelas 6 Jujur