http://mieadham86.blogspot.com/2014/03/contoh-rph-bahasa-malaysia-tema_31.html
BAHASA MELAYU
Sunday, 22 February 2015
CONTOH FORMAT RPH KSSR TAHUN 4
CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA KSSR
TAHUN 4/2014
TAHUN 4/2014
TEMA
|
KEMASYARAKATAN
| |
TAHUN
|
4 TEKAD
| |
TAJUK
|
Cerianya Tamanku
| |
MASA
|
9.30 – 10.30 pagi
| |
STANDARD PEMBELAJARAN
|
3.3.3
|
Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan yang bertumpu dan bercapah dengan betul.
|
OBJEKTIF
|
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. membina ayat berdasarkan soalan pemahaman yang bertumpu dan bercapah.
ii. menulis jawapan berdasarkan soalan pemahaman yang bertumpu dan bercapah.
| |
AKTIVITI
|
1. Murid ditunjukkan alat menjaga kebersihan dan berbincang tentang kegunaan alatan tersebut dan kaitannya dengan menjaga kebersihan.
2. Guru membimbing murid menamakan dan menulis pada papan tulis tentang alatan lain yang sesuai digunakan untuk menjaga kebersihan kawasan rumah dan taman dan menyatakan sumber kewangan untuk menjayakan aktiviti gotong-royong.
3. Murid membaca petikan yang dipaparkan pada skrin dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul dan membina jawapan untuk soalan yang dikemukakan oleh guru berdasarkan petikan yang dibaca.
4. Murid menggarisi isi petikan yang menjadi jawapan pada paparan skrin dengan menggerakkan kursor.
5. Murid menulis jawapan pemahaman menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan petikan.
Pemulihan
Murid mengisi tempat kosong menggunakan perkataan yang diberi.
Pengayaan
Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.
| |
PENGISIAN KURIKULUM
|
Ilmu : Sivik, Celik Kewangan
Nilai : Bekerjasama, Kebersihan, Prihatin, Patuh
EMK : TMK
KB : Menjana Idea, Mengecam
BCB : Bacaan Mentalis
| |
BAHAN BANTU BELAJAR
|
LCD, benda maujud, lembaran kerja
| |
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
Murid dapat membina dan menulis jawapan berdasarkan soalan pemahaman dengan betul.
| |
REFLEKSI
|
30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P.
Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.
|
SUMBER :http://mieadham86.blogspot.com/2014/01/contoh-rancangan-pelajaran-harian-rph.html
Thursday, 15 January 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)